Sunday 9 March 2014

part-time zz




Hey! Assalamualaikum. Bejoman dah tak post apape kat blog ni. Takde masa kot nak online. Actually, entry kali ni aku nak cerita aku sekarang dah jadi cikgu tadika. Kau hado? Gambar atas ni, kitorang amik masa 1st month jadi cikgu.. Haha, menyampah betul weh bila orang asyik gelakkan aku je bila aku cakap aku kerja cikgu tadika. Awat? Tak layak ke aku? Kehkehkeh memang tak! I never thought pon, yang satu hari nnti aku akan jadi cikgu tadika ok. Entah lah, mula mula aku jadi assistant jerwppp. Dah kak dayang suddenly berhenti kojo, ipah ganti.. Haaa kira okay lah tu ada member yang aku kenal kan. Senang nak bincang nak runding apape pun.. 


To be honest, penat gila kott! Nak control budak kecik do. Lain lah kalau budak budak sekolah, senang sikit.. Its okay, cabaran lah bagi aku. Ibu aku cakap dapat pahala ajar budak budak ni. Naik sikit lah semangat aku ^^ walaupun memenatkan tapi best! Ramai tanya, macam mane kau ajar budak tadika? Haha soalan kurang memberansang otak betuii.. camtu jelah aku ajar *d , e , f  *alif , ba , ta  *a , ba , ca lepastu ajar benda2 simple je. Since aku kerja kat tadika ni, english aku improve sikit lah berbanding dengan masa amik spm dulukan haha macam teruk lak bunyinya.. bukan nak kata bangang bahasa omputih, tapi sebab dengan budak budak ni ada certain day yang kene speaking. So yep, agak membantu lah.


Setakat ni selama 2 bulan lebih aku bekerja kat nursari ni, rasa macam dah makin sayang dengan budak2 ni.. Yelah walaupun aku selalu marah diorang, diorang still nak dengan aku haha. Especially daniel. Kadang2 tu kecik besar kecik besar je aku pandang dia. Bila dia rajin tu,peh memang aku puji ah.. Tapi time degil tu,sampai aku rasa nak ikat dia. Takde lah degil melampau sangat.. Cuma alaaa..budak2 kau sendiri faham lah kan. Sikit2 nak merayap ke sini, ke sana. Takleh duduk diam. Dulu memang aku rasa takleh nak control kalau sorang2. Sekarang so far, boleh lah sebab aunty zara dah ajar cara2 nak control and bagi diorang berdisiplin.. Kat matahari ni aku paling suka amirul lah, haha dia banyak mulut kot. Ada je benda dia nak lawan balik. Nasib baik cerdik. And.....aku suka Harith jugak haha. Mana satu harith? Tu yang aku pegang dalam gambar atas tu. Dia sangat tembam dan comel! Agak tough jugak weh nak ajar dia.. tapi dia okay je, bukan salah sorang budak yng lembam lah. 

p/s: A little update from me (24/04/2015) Alhamdulillah, sekarang dia dah pandai buat peace sign (^_^)v hahaha cute lah dia




Ni pulak gambar budak2 margosa. Yang pakai baju warna merah tu nama dia Rahman. Muka macam omputih kau, hensem! Haha. Tapi dia ni kepoh sikit. Aku rasa dah besar nanti sesuai sangat dia jadi wartawan Melodi.. haha dengan slangg dia tu,haish nasib baik comel haha.. Yang tengah2 tu nama dia Alif Raiyan. Huuu dia pun dah besar nanti,confirm hensem haha. Dengan suara serak2 dia tu, dah lah pandai XD haaa yang pakai ketayap baju hijau tu pulak, isyraf. Pun sama jugak, kalau dh besar nanti confirm hensem haha. Mata dia buntang yang original okay! Dah macam alien pulak aku tengok. But still cute x) haihh aku takleh bayangkan nanti aku dah berhenti kerja dan aku terpaksa tinggalkan diorang :( mesti rindu en. Lepasni no more "teacher! teacher!" no more "gummy bear song" haihh, dah nak tengah bulan 3.. tak lama lagi je. Lagi 2 minggu je aku kerja kat situ. Lepastu aku dah kena focus study lepas ni, so....annyeong children! ececeh :p

No comments :