Sunday 9 March 2014

part-time zz




Hey! Assalamualaikum. Bejoman dah tak post apape kat blog ni. Takde masa kot nak online. Actually, entry kali ni aku nak cerita aku sekarang dah jadi cikgu tadika. Kau hado? Gambar atas ni, kitorang amik masa 1st month jadi cikgu.. Haha, menyampah betul weh bila orang asyik gelakkan aku je bila aku cakap aku kerja cikgu tadika. Awat? Tak layak ke aku? Kehkehkeh memang tak! I never thought pon, yang satu hari nnti aku akan jadi cikgu tadika ok. Entah lah, mula mula aku jadi assistant jerwppp. Dah kak dayang suddenly berhenti kojo, ipah ganti.. Haaa kira okay lah tu ada member yang aku kenal kan. Senang nak bincang nak runding apape pun.. 


To be honest, penat gila kott! Nak control budak kecik do. Lain lah kalau budak budak sekolah, senang sikit.. Its okay, cabaran lah bagi aku. Ibu aku cakap dapat pahala ajar budak budak ni. Naik sikit lah semangat aku ^^ walaupun memenatkan tapi best! Ramai tanya, macam mane kau ajar budak tadika? Haha soalan kurang memberansang otak betuii.. camtu jelah aku ajar *d , e , f  *alif , ba , ta  *a , ba , ca lepastu ajar benda2 simple je. Since aku kerja kat tadika ni, english aku improve sikit lah berbanding dengan masa amik spm dulukan haha macam teruk lak bunyinya.. bukan nak kata bangang bahasa omputih, tapi sebab dengan budak budak ni ada certain day yang kene speaking. So yep, agak membantu lah.


Setakat ni selama 2 bulan lebih aku bekerja kat nursari ni, rasa macam dah makin sayang dengan budak2 ni.. Yelah walaupun aku selalu marah diorang, diorang still nak dengan aku haha. Especially daniel. Kadang2 tu kecik besar kecik besar je aku pandang dia. Bila dia rajin tu,peh memang aku puji ah.. Tapi time degil tu,sampai aku rasa nak ikat dia. Takde lah degil melampau sangat.. Cuma alaaa..budak2 kau sendiri faham lah kan. Sikit2 nak merayap ke sini, ke sana. Takleh duduk diam. Dulu memang aku rasa takleh nak control kalau sorang2. Sekarang so far, boleh lah sebab aunty zara dah ajar cara2 nak control and bagi diorang berdisiplin.. Kat matahari ni aku paling suka amirul lah, haha dia banyak mulut kot. Ada je benda dia nak lawan balik. Nasib baik cerdik. And.....aku suka Harith jugak haha. Mana satu harith? Tu yang aku pegang dalam gambar atas tu. Dia sangat tembam dan comel! Agak tough jugak weh nak ajar dia.. tapi dia okay je, bukan salah sorang budak yng lembam lah. 

p/s: A little update from me (24/04/2015) Alhamdulillah, sekarang dia dah pandai buat peace sign (^_^)v hahaha cute lah dia




Ni pulak gambar budak2 margosa. Yang pakai baju warna merah tu nama dia Rahman. Muka macam omputih kau, hensem! Haha. Tapi dia ni kepoh sikit. Aku rasa dah besar nanti sesuai sangat dia jadi wartawan Melodi.. haha dengan slangg dia tu,haish nasib baik comel haha.. Yang tengah2 tu nama dia Alif Raiyan. Huuu dia pun dah besar nanti,confirm hensem haha. Dengan suara serak2 dia tu, dah lah pandai XD haaa yang pakai ketayap baju hijau tu pulak, isyraf. Pun sama jugak, kalau dh besar nanti confirm hensem haha. Mata dia buntang yang original okay! Dah macam alien pulak aku tengok. But still cute x) haihh aku takleh bayangkan nanti aku dah berhenti kerja dan aku terpaksa tinggalkan diorang :( mesti rindu en. Lepasni no more "teacher! teacher!" no more "gummy bear song" haihh, dah nak tengah bulan 3.. tak lama lagi je. Lagi 2 minggu je aku kerja kat situ. Lepastu aku dah kena focus study lepas ni, so....annyeong children! ececeh :p

Sunday 22 December 2013

Further studies :)

Hai assalamualaikum :) hm harini dah 22 Disember 2013. Lagi beberapa hari je nak masuk 2014, tahun baru ^^ well ada azam baru tak? Haha aku punya azam tahun baru ....
  • nak cari duit poket sementara nak further study (& pls nk sambung geologi pls pls)
  • nak dapat supaya dapat straight A+ ahaha
  • nak masuk matriks selangor kalau boleh, senang tak jauh dan tak dekat sangat hehe
  • nak focus study (no cinta2 :P) (but this is so poyo)
Setakat ni tu jelah goals aku. Taktau lah apa nak jadi dengan masa depan aku. Aku harap sangat aku berjaya jadi geologist :) kalau tak pun jadi Land survey pon boleh lah ^^ seboleh bolehnya aku nak further study kat UPM huhu situ macam best je tempat dia. Okaylah mak lang aku boleh tolong aku punya kalau aku nak masuk UPM hehe sonang ada orang dalam kahkah, but still kena ada result bagus jugak en taknak buek malu mak lang den. So kalau aku nak sambung belajar untuk geologi tu hanya ada 4 universiti kek malaysia ni yang tawarkan course ni, iaitu UPM, USM, UKM dan UM. Aku hanya tertarik kat UPM je. Hehe taktau lah kalau ada rezeki ada lah. Mudah-mudahan Allah permudahkan kerja aku, amin~

P/s : 09/09/2015, tidak ku sangka aku sambung geomatics (landsurvey) jugak. Hahaha kenot brain.

Friday 6 December 2013

Kem Kadet Bomba

*try la cari aku dlm gambar ni, tkkan jumpa! :D



Hi assalamualaikum readers (tu pun kalau ada) haha curious pasal gambar atas ni? Actually ni time kem kadet bomba peringkat negeri. Aku wakil seremban 2 but dalam gambar ni daerah seremban 1 dan 2 gabung, meraikan kemenangan seremban 2 johan keseluruhan bhai XD haha kesiann, kem ni masa bulan April tahun ni tapi baru sekarang aku nak cerita pasal ni kann. Sejujurnya aku suka gila kem kadet bomba daripada kadet polis hahah lantak lah orang nak kata aku berpaling tadah lah apa lah, aku menyuarakan pendapat aku je so kau rilek jelah kan. Aku suka kadet polis sebab disiplinnya, keseragamannya, ketegasannya. And maybe disebabkan kadet polis punya attitude buat aku terbawak bawak dalam kadet bomba. Sorry geng. 


Tahun ni first time ah aku masuk kadet bomba tu pun disebabkan pujukan member aku, si haidi, a-are dengan elyas. Then, aku pun termakan lah sikit sikit sebab cikgu hafiz pun pujuk aku join bomba. So thats why la aku masuk. And tahun ni aku desperate nak sijil hahaha yalah risau kot markah koko aku rendah. Yang takleh blah ipah zatul dengan hyffny berkawad, tak sia sia aku ajar :D masa hari pertama kitorang latihan pusat agak macam hampeh sikit la bagi aku. Budak sekolah lain muka nak poyo je. Bengang jugak la aku haha. Hari pertama tu okay lagi sebab lelaki dan perempuan asing asing. Kebetulan jurulatih situ nak cari KK, budak budak ni paksa aku jadi. Naik angin aku hahahaha memang tak ah! Cikgu zafirah pun tanya asal aku tak volunteer je. Jawapan aku MALAS. Nanti kalau jadi KK bukan aku boleh duduk lepak dengan member aku haihhh


Hari kedua start ikut daerah masing masing lah, and haritu lah ada pemilihan KK lelaki dan perempuan. Dalam hati aku harap tak dapat, lagi bagus kott. Cikgu awi lah handle, tetiba sampai turn aku dia boleh cakap "okay, awak jadi KK". Aku ingat dia nak lepaskan aku. Punah harapan aku!! Aku tak suka jadi ketua doee. Sumpah aku tak suka. Kalau aku jadi ketua budak budak bawah haaaa faham faham jelah siapa yang pernah rasa tu. Dan lagi satu, aku nak lepak dengan member aku. Kalau aku jadi ketua aku TAKKAN dengan member aku sepanjang masa. Nanti orang kata aku racist hmm. Sepanjang latihan pusat tu aku jarang tunjukkan sangat perangai aku hehehe bukan nak hipokrit or whatever la cuma nak jaga hati orang. Aku bukannya kenal diorang and diorang tak kenal aku. Sapa yang satu sekolah dengan aku akan faham situasi ni kehkeh. Tapi ada satu haritu aku naik angin dekat sorang budak nilai ke mantin aku tak ingat. Sebab dia aku kena marah! Hamik kau, tak pepesal aku membebel. Tapi, sama ada aku suka ataupun tidak sebagai seorang ketua aku kena tanggung kesalahan anak anak buah aku. Hmm sedih betuii T.T So lepastu, aku try rileks kan diri aku and kitorang okay balik. 


BUT...... start dari hari tu budak budak ni kemain hati hati cakap dengan aku hahah agak kesian jugak lah. Takde niat atau sengaja pun nak marah marah. Cuma biasa lah perempuan mood tak stabil. Tapi nak tau? Benda yang paling aku rimas, tu haaa pasangan yang sweet kononnya si Miza dengan Elyas. Rimas betul aku tengok diorang berkepet memanjang.. Elyas ni kawan aku tapi Miza tu hm taktau aku deh. Tak kisah la diorang nak couple kepe tapi takyah sampai nak menunjuk sangat. Ok tak kisah lah part diorang menunjuk ke apa. Bukan tu masalahnya. Diorang bukan buat orang suka, makin buat orang meluat tahu tak  -__-  geli. Time kat kem negeri tu yang tak leh blah. Aku takut kalau peraturan, disiplin kadet bomba ni ketat so aku ingat kan joe (joe ni KK lelaki utk seremban 2) kalau nampak elyas dengan miza berdua jangan bagi rapat sangat. Aku risau kalau jurulatih dari daerah lain bercakap pasal ni. Sebab enn aku rasa aku dah cakap pasal ni, diorang buat dekkkk je. Acik kau. Macam cakap dengan jalan tar. Diorang suka buat perangai lah. Pening aku tau tak. Depan orang pon tak tau malu gaduh gaduh. Aku yang malu tau.


Tapi kau nak tau apa? Sana tak ketat pon peraturan dia. Kalau time aku gi kem kadet polis takut kot nak berdua laki pompuan macam tu. Sebab jurulatih situ strict kot. Nasib baik ah, tapi telinga aku lak yang sakit cikgu zafirah suruh aku nasihatkan nasihatkan dan nasihatkan. Perghhh berbuih mulut ni bercakap. Tah ah lantak ah diorang. Hahaha dulu aku dengar diorang break pastu couple balik eleh standard ah tu setia ke hujung nyawa #puihh. Tapi bukan tu masalahnya, masalah yang sebenarnya hehe aku menang kadet perempuan terbaik! Serius weh, gak terkejut jugak lah sebab aku sangkakan si farisya yang dapat KPT tu sebab bagi aku dia bagus lah jugak untuk budak berumur 16 tahun. Tetiba nama aku yang kena sebut. Time tu enn sumpah aku macam bodoh. Kalau aku nervous serius aku akan buat sesuatu yang nampak aku bodoh. Hahaha malu jugak lah. Nasib baik tuan pengarah tu sporting kau haaa. Dia senyum jelah. Bukannya aku taktau, tapi bila sampai depan pengarah tu macam macam aku lupa! Lupa nak tabik hormat lah, lupa nak bagi salam la, pastu boleh terjatuh hamper haha nervous punya pasal haihh. Aku nak pitam time tu tapi aku tahan jelah, tempat tu pon banyak jugak pokok. Alaaa kawasan kampung kann. Thats why aku cakap dalam gambar tu korang takkan jumpa aku sebab aku duduk kat belakang rehat hahah rasa rugi pulak tak bergambar sekali. Takpe, aku still boleh simpan kenangan ni. Hm rindu diorang especially joe mabuk soya. Haha 


Till we meet again...

H.M.