Thursday, 25 October 2012

A day with.....



Hai, assalamualaikum and selamat pagi :) salam 1 Malaysia hohoho. Berbudi bahasa gila aku hari ni kan kan? Ehh ehhh budi bahasa kan budaya kita. We are Malaysian okay! :P Hmm today is Thursday. Yeah. I dnt know what im going to write about. Hmm let me guess......... Ohh ya! Exam dah habis woi :D Sepanjang exam sumpah aku tak tenteram gila. Aku tak boleh bayangkan masa aku nak ambil SPM nanti. Macam mana ek? Mesti lagi nervous kan? Aku tengok akak abang senior kat sekolah aku boleh rilek lagi. Siap main kejar-kejar hahahah. Macam budak-budak. Tapi comel k xD Aku sebenarnya tak sure lah apa yang aku buat ni betul ke tak. Betul ke keputusan aku ambil aliran Akaun ni?


Orang selalu cakap kalau dah kelas depan tu pandai lah sombong lah berlagak pandai lah. Sentap tahu tak -.- Tak semestinya orang tu duduk kelas depan dah pandai sangat. Nak pulak sekarang ni ikut aliran, bukannya ikut kepandaian kau! Tah apape je. Kalau dah ada nawaitu and usaha nak belajar, confirm kau pun boleh jadi pandai jugak. Ni semua berdasarkan individu itu sendiri k. What a sad life kalau kau fikir macam tu :P Seriously aku rasa better ambil kelas Sastera kot. Kau fikir physic chemistry additional mathematics prinsip perakaunan tu semua senang ke? Susah bhai -.-' Tak boleh missed class. Tapi lain lah kalau kau tuition. Kaya boleh lah :P Sepanjang exam aku asyik tidur lambat je, lepastu bangun awal. 


Kadang-kadang aku tidur pukul 11 or 12 malam then bangun balik dalam pukul 3 or 4. Kau tengok sendiri berapa jam je aku tidur. Lebam weh bawah mata aku sebab tak cukup tidur. Dah tak lawa mata aku dah hihi. Hmm lepastu en enn, habis exam aku tak terus balik rumah. Aku dengn member aku stay kat sekolah nak study. Konon je nak study padahal bergossip. Haha. Ada aku kisah? Ehh, lupa nak cakap SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA :)


Hari raya haji ni hambar sikit. Sebab family aku dengan paklang je yang balik Batu Kikir. Yang lain takdo :( Aku bawak laptop ni sebab KONONNYA nak buat kerja akaun, hihi alih-alih berfacebook bertwitter berblogging. Alah bukan selalu dapat macam ni. Ehh terkejut aku tau yang line sini laju. Lagi laju dari pada kat rumah aku. Tu yang aku tak puas hati tu. Haha. Aku ingat kalau Afiq balik boleh tolong aku buat kerja kursus aku ni haa. Tapi dah takde rezeki kau Afiq tak dapat nak tolong aku xD 


Sumpah aku boring duduk rumah ni dengan adik aku. Kalau lah wan bela ayam lagi kan best. Boleh aku kacau ayam-ayam tu. Kucing kat rumah wan aku ni haaa takut orang. Ishh lah sombong gilaa kucing tu. Okaylah okaylah aku nak mandi. Eh lupa saya nk bagitau awak semua saya dapat sepupu baru hari ini. TWINS OK! Hahaha yeaayyy!! Taktau lah pakcik dengan makcik nak letak nama apa kat diorang tu. Hm, got to go now wan aku dah panggil. Ok byee. Assalamualaikum. Peace yo -.-v



No comments :